Sunday, February 8, 2015

Latihan Adab : Adab Menerima dan Melayan Tetamu

Assalamualaikum pelajar 3 Baiduri semua. Sila jawab soalan berikut sebagai latihan pengukuhan anda bagi tajuk Adab Menerima dan Melayan Tetamu. :-


1. Siapakah yang dimaksudkan dengan tetamu?  ( 2M )

2. Nyatakan hukum menerima dan melayan tetamu. ( 2M )

3. Terangkan 2 kesan baik melayan tetamu. ( 4M )

4. Jelaskan dua adab yang sepatutnya dijaga ketika bertandang ke rumah orang lain. ( 4M )

5. (soalan KBAT) Bagaimanakah kemakmuran negara dapat dikecapi melalui pergaulan dengan tetamu? ( 4M )

Selamat Menjawab ^ ^

25 comments:

  1. 1.- orang yang berkunjung atau menziarahi orang lain sama ada dijemput ataupun tidak dijemput.
    2.- wajib dilayan mengikut kemampuan diri sendiri
    -layanan paling istimewa sehari semalam dan layanan sebagai tetamu dalam masa sehari sahaja.
    3. -mendapat keampuanan dan ganjaran pahala dari Allah swt kerana telah melayan tetamu dengan baik
    -mengeratkan silaturahim dan mengeratkan hubungan antara satu sama lain agar dapat memupuk sikap peramah dalam diri sendiri.
    4. -memberi salam terlebih dahulu sebelum masuk
    -makan makanan yang disediakan dengan sopan apabila dijemput
    5. -tidak menjatuhkan maruah diri, imej dan negara agar negara sentiasa makmur
    -tidak mengeluarkan kata-kata yang menyakitkan hati tetamu supaya tidak berlakunya pergaduhan.

    ReplyDelete
    Replies
    1. answered by:mohd alif fahmi b abd halim 3 baiduri

      Delete
    2. This comment has been removed by the author.

      Delete
  2. 1.Orang yang menziarah ke rumah dengan niat yang baik sama ada dijemput atau tidak dejemput.

    2.Wajib

    3.Mendapat pahala,rezeki dan rahmat daripada Allah SWT,hubungan silaturahin antara tuan rumah dan tetamu menjadi erat.

    4.Bermanis muka terhadap tetamu dan menjamu tetamu dengan makanan yang terbaik bagi tuan rumah.

    5.-Pergaulan dengan tetamu yang baik dapat mengengeratkan silaturahim di dalam sesuatu masyarakat di dalam sebuah negara.Hal ini dapat mengelakkan salah faham dan pergaduhan serta sifat perkauman di dalam sesebuah masyarakat.Masyarakat akan mempunyai hubungan yang baik antara satu sama lain dan menyebabkan masyarakat harmoni dan makmur.

    ReplyDelete
  3. 1.tetamu ialah orang yang berkunjung atau menziarahi orang lain sama ada dijemput atau tidak dijemput dengan tujuan yang baik.
    2.wajib
    3.i)mendapat ganjaran pahala dan keampunan ALLAH.
    ii)membantu perkembangan institusi perlancongan.
    4.i)beri salam terlebih dahulu sebelum masuk ke rumah.
    ii)elakkan daripada memandang liar ke arah peralatan di rumah.
    5.kemakmuran negara dapat dikecapi apabila melayan tetamu kerana silaturahim antara rakyat akan lebih erat.selain itu,layanan yang baik dapat mengelakkan pergaduhan dan perpecahan dalam masyarakat.masyarakat akan lebih bersikap tolong-menolong dan prihatin antara satu sama lain.sebagai contoh,tuan rumah akan menjadi semakin rapat dan mengambil berat tentang tetamu yang pernah datang ke rumahnya.oleh itu,kita mestilah melayan tetamu dengan baik supaya kemakmuran negara dapat dikecapi.
    WALLAHUALAM...
    -siti aisyah zali librarian-

    ReplyDelete
  4. 1. Orang yang menziarahi orang lain sama ada dijemput atau tidak dijemput.
    2. Hukumnya ialah wajib.
    3. i Mendapat ganjaran pahala dan keampunan daripada Allah.
    ii Bertambah kasih sayang antara tetamu dan tuan rumah yang dikunjungi.
    4. i Berkunjung mengikut masa yang sesuai.
    ii Berikan salam terlebih dahulu sebelum masuk ke rumah.
    5. Kemakmuran negara dapat dikecapi melalui pergaulan dengan tetamu dengan cara memberi layanan yang baik dan mesra terhadap tetamu. Hal ini supaya tetamu akan berasa selesa dan aman apabila berada di rumah kita. Konklusinya, kita mestilah sentiasa menjaga adab dan melayan tetamu dengan mesra untuk mengeratkan silaturahim dan memupuk semangat perpaduan.

    Abdah binti Zahari bin Ahmad

    ReplyDelete
  5. 1.orang yang menziarahi orang lain sama ada dijemput atau tidak
    2.hukum menerima dan melayan tetamu ialah wajib.
    3.i.mendapat ganjaran pahala kerana hukum melayan ialah wajib
    ii.bertambah kasih sayang antara tetamu dan tuan rumah
    4.i.memberikan layanan yang baik.
    ii.bersifat ikhlas dan berlapang dada.
    5.kemakmuran negara dapat dikecapi melalui pergaulan antara tetamu dengan tuan rumah dengan cara melayan tetamu dengan layanan yang baik.jika tuan rumah melayan dan mengalu-alukan kedatangan tetamu ke rumah,semangat bersatu padu dan tolong menolng dapat dipupuk dalam diri rakyat.hal ini menjadikan pertelingkahan atau pergaduhan dapat dielakkan.oleh itu,kita sebagai rakyat seharusnya melayan tetamu dengan baik kerana melayan tetamu dengan baik ialah wajib dan dituntut dalam agama Islam

    by:Siti Norziana Binti Muhammad Fua'ad

    ReplyDelete
  6. 1) tetamu ialah orang yang berkunjung atau menziarahi orang lain sama
    ada dijemput atau tidak dijemput.
    2) tetamu wajib dilayan dengan layanan yang istimewa mengikut
    kemampuan tuan rumah
    3)bertambah kasih sayang antara tetamu dan tuan rumah yang
    dikunjungi.
    menarik perhatian orang bukan islam terhadap keindahan islam.
    4)masuk ke dalam rumah setelah dijemput dan duduk di tempat yang
    disediakan dengan sopan.
    makan makanan yang disediakan dengan sopan.
    5) kemakmuran negara dapat dikecapi melalui pergaulan dengan
    tetamu apabila tuan rumah melayan tetamu yang berkunjung
    dengan sopan dan penuh adab mengikut syariat islam.hal ini
    akan menjadikan tetamu berasa selesa dan dihormati apabila
    dilayan dengan baik oleh tuan rumah sekaligus mencetuskan
    kemakmuran dalam kalangan masyarakat dan negara apabila tiada
    pertengkaran yang berlaku akibat tiada adab apabila melayan
    tetamu.oleh itu , sebagai umat islam, kita mestilah melayan dan
    menyambut tetamu dengan mesra dan ikhlas agar kemakmuran
    negara dalam kalangan masyarakat dapat dikekalkan.
    - dian nazifah =) -

    ReplyDelete
  7. Ammar faiq bin nor Eaffendi

    1. Tetamu ialah orang yang berkunjung ke rumah dengan niat baik sama ada diundang ataupun tidak.

    2. tetamu wajib dilayan dengan lemah lembut dan ikhlas.

    3. - merapatkan silaturahim sesama insan
    - mendapat ganjaran pahala dan umur yang berpanjangan daripada Allah

    4. - mata tidak meliar ke perkakas rumah.
    - jangan masuk selagi tidak dijemput.

    5. kemakmuran negara dapat dikecapi melalui pergaulan dengan tetamu ialah dengan melayan tetamu,kita dapat mengeratkan hubungan sesama manusia.jadi, pergaduhan dan pertengkaran yang boleh memecahbelahkan kemakmuran negara tidak akan berlaku. oleh itu, kita mestilah melayani tetamu dengan baik agar dapat mengecapi kemakmuran negara.

    ReplyDelete
  8. 1.- orang yang berkunjung atau menziarahi orang lain sama ada dijemput ataupun tidak dijemput.
    2.- wajib dilayan mengikut kemampuan diri sendiri
    -layanan paling istimewa sehari semalam dan layanan sebagai tetamu dalam masa sehari sahaja.
    3. -mendapat keampuanan dan ganjaran pahala dari Allah swt kerana telah melayan tetamu dengan baik
    -mengeratkan silaturahim dan mengeratkan hubungan antara satu sama lain agar dapat memupuk sikap peramah dalam diri sendiri.
    4. -memberi salam terlebih dahulu sebelum masuk
    -makan makanan yang disediakan dengan sopan apabila dijemput
    5. -tidak menjatuhkan maruah diri, imej dan negara agar negara sentiasa makmur
    -tidak mengeluarkan kata-kata yang menyakitkan hati tetamu supaya tidak berlakunya pergaduhan.

    ReplyDelete
  9. 1) Tetamu ialah orang yang berkunjung atau menziarahi orang lain sama ada dijemput atau tidak dijemput.
    2) Wajib.
    3) -mengeratkan silaturrahim dan memupuk semangat perpaduan supaya umat islam dipandang mulia.
    -mendapat rahmat daripada Allah agar hidup lebih diberkati.
    4)-memberi salam terlebih dahulu sebelum masuk ke rumah.
    -elakkan daripada memandang liar ke arah peralatan di dalam rumah.
    5)kemakmuran dapat dikecapi melalui pergaulan dengan tetamu apabila tuan rumah menjaga adab dalam melayan tetamu kerana pergaduhan tidak akan berlaku apabila adab-adab melayan tetamu terlaksana. Selain itu, bermanis muka dalam melayan tetamu dapat menjaga suasana bahagia dalam pergaulan sesama masyarakat. Oleh itu, kita sebagai umat islam hendaklah mengetahui dan mengamalkan adab menerima dan melayan tetamu dalam kehidupan seharian supaya kemakmuran negara dapat dikekalkan.

    #qistina ayuni 3bai

    ReplyDelete
  10. 1 .Tetamu ialah orang yang berkunjung atau menziarahi orang lain dengan niat yang baik sama ada dijemput atau tidak dijemput
    2 .Wajib
    3 .Mendapat ganjaran pahala daripada Allah SWT kerana ia merupakan sifat yang terpuji.Selain itu,dapat mengeratkan silaturahim antara tuan rumah dan tetamu kerana ia merupakan sifat mahmudah
    4 .Memberi salam terlebih dahuu sebelum masuk.Seterusnya,bermalam tidak melebihi 3 hari
    5 .Pergaduhan tidak akan terjadi apabila adanya pergaulan yang baik antara manusia.Persefahaman juga dapat dikecapi dengan mudah.Negara yang makmur dapat dicapai apabila tidak berlakunya sebarang pergaduhan dan perselisihan faham.Maka,kita sebagai umat Islam mestilah melayan tetamu dengan baik kerana ianya merupakan titik mula untuk mencapai negara yang makmur.

    AISHAH NUR MUNIRAH :)

    ReplyDelete
  11. 1. orang yang menziarahi kita sama ada dijemput atau tidak dengan niat yang baik
    2. wajib dilayan mengikut kemampuan
    3. -dapat mengeratkan silaturahim
    -mendapat pahala
    4. -datang pada waktu yang sesuai
    -tidak merosakkan peralatan yang ada di rumah
    5. pergaulan dengan tetamu dapat mengeratkan hubungan antara satu sama lain. Hal ini dapat mengukuhkan perpaduan antara masyarakat. Selain itu, hubungan yang baik dapat diterapkan dalam kalangan masyarakat. Justeru itu, umat Islam hendaklah melayan tetamu dengan baik agar ikatan persaudaraan lebih utuh.

    Muhammad Aiman Shahmi Bin Mazlan

    ReplyDelete
  12. 1.Tetamu ialah orang yang menziarahi orang lain sama ada dijemput atau tidak dengan niat yang baik.
    2.Wajib dilayan mengikut kemampuan tuan rumah dan layanan istimewa ialah sehari semalam.
    3.Mendapat pahala dan dimasukkan ke dalam syurga
    4.Memberi salam supaya tuan rumah dapat menyedari kehadiran kita dan datang pada waktu yang sesuai supaya tidak mengganggu tuan rumah berehat
    5.Pergaulan dengan tetamu dapat mengeratkan silaturahim antara masyarakat di dalam sesebuah negara.Hubungan yang erat dapat mengelakkan persengketaan antara masyarakat.Oleh itu, kita mestilah melayan tetamu dengan baik supaya negara sentiasa aman dan makmur.
    -Ashraf Naim-

    ReplyDelete
  13. 1.Orang yang berkunjung atau menziarahi orang lain sama ada dijemput atau tidak dijemput.

    2.Wajib mengikut kemampuan tuan rumah

    3.i)Mendapat ganjaran pahala dan keampunan Allah SWT.
    ii)Mengeratkatkan silaturahim sesama manusia.

    4.i)Tidak membuat bising atau kecoh di rumah orang lain.
    ii)Memberikan salam ketika hendak masuk ke dalam rumah.

    5.Kemakmuran negara dapat dikecapi melalui pergaulan yang baik antara tuan rumah dengan jiran.Hal ini akan mengeratkan silaturahim kita.Hal ini juga akan mengelakkan kita dari menjauhkan diri antara orang lain.Oleh itu, kita perlulah bergaul dengan tetamu dengan baik agar kemakmuran negara dapat dikecapi.

    -Gibbs aka Ridhwan-
    Hoho... aku harap apa yang aku jawab ni betul :)

    ReplyDelete
  14. 1)Tetamu ialah orang yang menziarahi orang lain sama ada dijemput ataupun tidak dengan tujuan yang baik.
    2)Wajib menerima tetamu yang menziarahi kita.
    3)i)Dapat mengeratkan silaturahim antara satu sama lain.
    ii)Mendapat pahala daripada Allah SWT.
    4)i)Masuk ke dalam rumah dengan kebenaran tuan rumah untuk menghormati tuan rumah.
    ii)Mejaga mulut apabila berbual dengan tuan rumah dan bercakap dengan sopan santun agar tidak menyakiti hati tuan rumah.
    5)Kita perlu menerima dan melayan setiap tetamu yang mengunjungi kita sama ada mereka diundang ataupun tidak diundang untuk mengeratkan silaturahim antara satu sama lain demi mengecapi kemakmuran negara kerana hubungan yang telah terjalin dapat mengelakkan daripada berlakunya pergaduhan.Oleh itu, sebagai umat Islam, kita wajib melayan tetamu agar negara kita lebih aman, makmur dan damai.

    ReplyDelete
  15. 1.tetamu ialah orang yang berkunjung atau menziarahi orang lain sama ada dijemput ayau tidak dijemput
    2.wajib
    2.-kita akan murah rezeki,diberkati dan dirahmati Allah kerana tetamu yang datang telah membawa rezeki ke dalam rumah kita.
    -kita dapat mengeratkan silaturahim dan memupuk semangat perpaduan kerana kita telah melayani tetamu dengan baik dan kita lebih mengenali tetamu
    4.-kita haruslah memberi salam terlebih dahulu sebelum masuk e dalam rumah
    - kita mestilah mengucapkan terima kasih terhadap layanan yang diberikan
    5kemakmuran negara dapat dikecapi melalui pergaulan dengan tetamu apabila kita mengamalkan adab adab islam seperti melayani dengan baik,membuat muka yang manis dan menghidangkan makanan.selain itu,kemamkmuran dapat dikecapi apabila tali silaturahim semakin erat dan memupuk semangat perpaduan.kita akan lebih mudah untuk memberi pertolongan dan semakin rapat dengan tetamu.tuntasnya,kita haruslah melayani tetamu dengan baik supaya dirahmati oleh allah.
    -Nurfatin Shahirah Bt Zulkifli-

    ReplyDelete
  16. 1) Tetamu ialah orang yang berkunjung atau menziarahi orang lain sama ada dijemput atau tidak dijemput.
    2)Tetamu wajib dilayan dgn layanan yang istimewa mengikut kemampuan.
    3) 1. murah rezeki , mendapat rahmat dan berkat daripada Allah.
    2. bertambah kasih sayang antara tetamu dan tuan rumah yang dikunjungi
    4)1. memberi layanan yang baik kpd tetamu seperti berjabat tangan dan menyediakan tempat duduk yang selesa.
    2. bersifat ikhlas dan berlapang dada atas kedatangan tetamu.
    5)Pergaulan dengan tetamu yang baik akan mengeratkan silaturahim sesama manusia kerana ukhwah sesama manusia dapat menjamin kemakmuran negara. Oleh itu, kita perlulah melayan tetamu dgn baik apabila mereka menziarahi kita supaya mereka berasa gembira.

    Nur El Ain ^^

    ReplyDelete
  17. 1.tetamu ialah orang yang menziarahi orang lain sama ada dijemput ataupun tidak

    2.wajib

    3.mendapat ganjaran pahala dan dapat mengeratkan silaturahim

    4.i)memberi layanan baik kepada tetamu agar tetamu berasa selesa
    ii)menunjukkan muka yang manis agar dapat mengeratkan silaturahim dan tidak terasa
    5.kerana silaturahim dapat dieratkan agar kemakmuran negara
    dikecapi.oleh itu,umat islam perlulah melayan tetamu dengan baik

    ReplyDelete
  18. adam: 1)orang yang berkunjung atau menziarahi orang lain sama ada dijemput ataupun tidak
    2)wajib
    3) mendapat pahala, rezeki dan rahmat daripada allah , hubungan silaturahim antara tuan rumah dan tetamu menjadi erat
    4)bermanis muka terhadap tetamu dan bersifat ikhlas dan berlapang dada
    5)pergaulan dengan tetamu yang baik dapat megeratkan hubungan antara jiran dan ahli masyarakat yang lain. hal ini dapat mengelakkan daripada berlakunya pergaduhan atau pertengkaran dalam sesebuah masyarakat. oleh itu, kita sebagai sebuah komuniti islam sepatutnya melayan tetamu dengan baik supaya orang daripada agama lain akan tertarik untuk masuk islam kerana kita boleh berdakwah sambil berbuat baik.

    ReplyDelete
  19. ,Tetamu ialah orang yang berkunjung atau menziarahi orang lain sama ada dijemput atau tidak.
    2.wajib melayan tetamu yang datang ke rumah.
    3. -kita akan murah rezeki,mendapat rahmat dan keberkatan daripada Allah agar hidup sentiasa diredhai oleh Allah.
    -kita akan mengeratkan ikatan silaturahim dan memupukkan semangat perpaduan dalam kalangan umat islam.
    4.-memberi salam terlebih dahulu sebelum masuk ke dalam rumah.
    -masuk ke dalam rumah setelah dijemput dan duduk di tempat yang disediakan dengan sopan.
    5.kemakmuran negara dapat dikecapi melalui pergaulan tetamu ialah dengan melayan tetamu dengan mengamalkan adab-adab islam seperti bertutur dengan sopan,menjamu dengan makanan yang berkhasiat dan sesuai.Selain itu,dengan adab yang diamalkan dapat memberikan banyak kelebihan seperti mengeratkan silaturahim dan negara akan makmur dan aman damai.Tuntasnya,sebagai umat islam,kita haruslah mengamalkan adab-adab islam agar masyarakat akan memperoleh kemanan dan kemakmuran dan sentiasa berada di bawah rahmat Allah.
    nur nazUrah Othman

    ReplyDelete
  20. 1)orang yang datang ke rumah sama ada diundang /sebaliknya
    2)wajib mengikut kemampuan tuan rumah
    3)dikurniakan rezeki.
    dirahmati Allah
    4)berkunjung mengikut masa.
    tidak liar melihat peralatan dalam rumah tetamu.
    5)kemekmuran negara dapat dikecapi melalui pergaulan dengan tetamu secara nengamalkan adab menerima tetamu &sebagai tetamu ketika menerima/ menjadi tetamu .hal ini kerana dengan mengamalkan adab ini akan mengeratkan silaturahim dan mengelakkan pergaduhan.dengan ini , manusia akan hidup makmur tanpa pergaduhan.sekiranya semua umat islam mengamalkan adab melayan tetemu umat islam dapat hidup dalam kemakmuran . oleh itu sebagai umat islam ,kita perlulah mengamalkan adab menerima tetamu agar kemakmuran negara dapat dikecapi dan dinikmati.
    ha alif zai ya qaf ha alif zai ya mim

    ReplyDelete
  21. 1.tetamu ialah orang yang berkunjung atau menziarahi orang lain samada dijemput atau tidak dijemput.
    2.wajib
    3.mengeratkan silaturahim dan mendapat ganjaran pahala daripada allah
    4.berkunjung pada masa yang sesuai supaya tidak mengganggu masa untuk tuan rumah berehat dan ucapkan salam sebelum pulang untukmenunjukkan tanda hormat kita kepada mereka
    5.sekiranya kita melayan tetamu dengan baik, kita dapat mengelakkan daripada berlaku perselisihan faham dan tidak menyakiti hati tetamu.selain itu, pergaulan yang baik dengan tetamu juga dapat mengelakkan masyarakat melakukan perkara yang sia-sia seperti mencuri, bergaduhdan mengumpat. oleh itu,pergaulan yang baik dengan tetamu dapat menjadikan negara kita sebagai negara yang sejahtera dan aman.

    ReplyDelete
  22. 1. Tetamu ialah orang yang berkunjung atau menziarahi orang lain sama ada dijemput atau tidak dijemput dengan tujuan yang baik.

    2. Wajib, dan dianggap sedekah selepas 3 hari.

    3. -> Mendapat ganjaran pahala dan keampunan ALLAH.
    -> Membantu perkembangan institusi perlancongan.

    4. -> Memberi salam terlebih dahulu sebelum masuk ke rumah.
    -> Berkunjung pada masa yang sesuai

    5. Dengan melayan tetamu, kemakmuran negara dapat dikecapi kerana hubungan silaturahim antara satu sama lain lebih erat. Selain itu, layanan yang baik dapat mengelakkan pertelingkahan dalam masyarakat.Masyarakat akan lebih bersikap tolong-menolong dan prihatin antara satu sama lain. Sebagai contoh,tuan rumah akan menjadi semakin rapat dan mengambil berat tentang tetamu yang pernah datang ke rumahnya.oleh itu,kita mestilah melayan tetamu dengan baik supaya negara akan kekal aman dan makmur.~~

    Assalamualaikumm~~ ;D
    - ArifBinRoslee~
    #TerongBusuk~~

    ReplyDelete